Thursday, 1 December 2011

BAHASA MELAYU TAHUN 3

BAHASA MELAYU TAHUN 3

Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia Tahun 3 Murid Bermasalah Pendengaran


Masa : 60 Minit


Tema/Tajuk

Kenegaraan ( Bunga Kebangsaan kita)

Standard Kandungan
1.3 Mendengar ( melihat ), memahami dan memberi maklumbalas menggunakan komunikasi seluruh terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan yang diterima dengan betul.
Standard Pembelajaran
1.3.1 Mendengar ( melihat ), memahami dan memberikan maklumbalas yang sesuai dengan komunikasi seluruh atau tingkahlaku terhadap arahan berdasarkan ayat, permintaan dan suruhan dengan betul. Contoh:
 1. Ini bunga .
 2. Ini bunga raya .
 3. Ini bunga raya saya.

Objektif
Murid dapat:
1. Berbual dengan menggunakan komunikasi seluruh dengan betul.
2. Mengetahui perbezaan ayat arahan atau pesanan.
3. Membaca dan memahami lima perkataan, frasa dan ayat dengan betul.
4. Menyenaraikan sekurang-kurangnya lima perkataan dengan betul.

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran
1. Sumbang saran 2. Soal jawab 3. Perbincangan 4. Permainan bahasa

Bahan Bantu Mengajar
1. Gambar
2. Kad perkataan
3. Kad ayat
4. Persembahan ‘power point’




 FASA  PERSEDIAAN
1. Guru menunjukkan gambar bunga raya dan berbincang dengan murid
















Bunga Raya


1.1.6 Mengenal pasti ciri objek , situasi dan fenomena dengan tepat.  (warna, bentuk dan jenisnya)
Latihan 1.1.6 
Sila pilih gambar di bawah yang mempunyai ciri-ciri bunga raya dan lukiskan bunga raya di ruangan buku skrap yang disediakan.


Lukis gambar bunga raya di dalam buku skrap.


P&P bunga raya1.2.1. Guru meminta murid mengenal pasti persamaan antara bunga raya dan bunga matahari. 
Latihan 1.2.1
Nyatakan persamaan bunga raya dan bunga matahari.

Persamaan 
1._____________________________________
2._____________________________________
3._____________________________________
4._____________________________________

Latihan 1.2.2
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
Isikan tempat kosong menggunakan perkataan yang disediakan.
lima
raya
bunga
kelopak
merah

1.               Ini ______________________

2.              Ini bunga ___________________

3.              Bunga ini bewarna _________________

4.              Bunga ini ada banyak _________________.

5.              Bunga ini ada __________________ kelopak.


Fasa Imaginasi
2.1 Penjanaan Idea
Latihan  2.1.4
2.1 Mencari hubungkait , gabung jalin  atau corak berdasarkan maklumat yang ada.

Berdasarkan gambar di atas, bina lima ayat yang bermakna.

Bunga -  sangat - cantik

1. .................................................................................................

Bunga  raya - warna

2..................................................................................................

daun - warna

3..................................................................................................

Bunga  - kelopak

4.................................................................................................

Bunga  raya - kebangsaan

5.................................................................................................

2.2 Sintesis idea

2.2.2 Menghasilkan bentuk komunikasi yang unik - lukisan kraf binaan,peta, rajah, puisi, muzik, lagu, karangan , laporan dan lakaran.

Latihan 2.2 Berdasarkan gambar kod tangan, gariskan perkataan berdasarkan teks di bawah.

Bunga raya bunga kebangsaan Malaysia.  Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah mencadangkan bunga raya sebagai bunga kebangsan.  Pada tahun 1958, kerajaan Malaysia telah memilih bunga raya sebagai bunga kebangsaan negara.

Bunga ini berwarna merah. Bunga raya mempunyai lima kelopak.  Daun bunga raya sangat banyak dan berwarna hijau.  Daun bunga raya boleh digunakan sebagai ubat untuk menyejukkan badan bagi mereka yang demam.

3.0 Fasa Perkembangan
3.1 Bina ayat mudah berdasarkan gambar yang disediakan.

1........................................................................................................................


2......................................................................................................................... 

3.........................................................................................................................

3.2  Menilai
3.2.1 Isikan  tempat kososng dengan jawapan yang betul.

[merah / hijau ]    [bunga raya / rumput]  
 [lima/tiga]  [bujur / bulat]  [ ubat / air]
1. Bunga kebangsaan negara kita  berwarna .......................................................

2. Kambing Pak Atan suka  makan ....................................................................

3. Bunga kebangsaan ada .................................................................... kelopak

4. Daun bunga raya berbentuk ..........................................................................

5. Daun bunga raya boleh dijadikan ..................................................................

4.0  Fasa Tindakan
4.1  Pelaksanaan
4.1.1  Menghuraikan idea kepada butiran atau bahagian yang lebih kecil dan khusus.
         
BUKU SKRAP
[Gunting gambar dan tampal di dalam buku skrap , serta bina ayat mudah ]










CONTOH:
Bunga raya ini berwarna kuning dan daunnya berwarna hijau.



4.2  Amalan  berterusan
4.2.1 Mempraktikkan proses kreatif untuk menghasilkan idea bahan baharu secara berterusan
4.2.4 Berikut ialah cara -cara membuat bekas bunga daripada temputung kelapa.







Nomborkan ayat-ayat di bawah mengikut uruan yang betul.

[           ]    Lukis dan warnakan tempurung mengikt corak yang disukai.

[           ]  Masukkan tanah liat ke dalam tempurung .  Kemudian, susun bunga di atasanya.

[           ]  Bahagikan tempurung kelapa itu kepada dua bahagian.

[          ]  Cantumkan tempurung  yang telah ditebuk tadi dengan tempurung ke dua 
               menggunakan gam.

[          ]  Tebuk bahagian atas tempurung.


Tulis semula ayat-ayat itu di dalam satu perenggan.

............................................................................................................................................  
............................................................................................................................................ 
............................................................................................................................................ 
............................................................................................................................................
............................................................................................................................................ 





















No comments:

Post a Comment